Thursday, January 28, 2010

UM: Mahasiswa ugut berdemo

TERKINI Pelajar Universiti Malaya (UM) dari kumpulan pro-Mahasiswa yang tewas pada pilihan raya kampus semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antara tuntutan mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.

Ketika ini, perbincangan sepuluh wakil pelajar berkenaan dengan Naib Canselor UM, Ghauth Jamsoon dihentikan seketika untuk solat Jumaat.

Tengah hari tadi, suasana tegang sekali lagi menyelubungi kampus UM apabila lebih 200 mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.

Mereka berang selepas tewas tipis pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.

Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan 'bantah' dalam tulisan merah.

Mereka berjaya menyerbu serta mengepung pejabat Canselori dan memaksa perjumpaan dengan Ghauth.

Pada awalnya, ketegangan memuncak apabila pelajar mahukan dialog terbuka tetapi ditolak oleh naib canselor.

Sebaliknya,

Ghauth mencadangkan perjumpaan tertutup dengan sepuluh wakil yang dipilih oleh pelajar berkenaan.

Cadangan itu dipersetujui dan rundingan diadakan sebelum ia ditangguhkan pada jam 1 petang tadi untuk solat Jumaat.

Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.

Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.

- Malaysiakini

Readmore »

UPM: Tiada PRK semula

Jawatankuasa pemilihan bagi pilihan raya kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) memutuskan tidak perlu diadakan semula pilihan raya ekoran pembatalan kemenangan tujuh calon umum kelmarin.

Sebaliknya, kekosongan tempat itu secara automatik akan digantikan dengan tujuh calon lain yang mendapat kutipan undi tertinggi.

"Jawatankuasa itu memutuskan, keputusan membatalkan kemenangan mereka (7 calon pro-M) adalah kekal.

"Keputusan tersebut berkuatkuasa pada jam 11 pagi hari ini," kata sumber UPM kepada Malaysiakini.

UPM kelmarin membatalkan kemenangan 7 calon pro-M kerana didapati berkempen secara berkumpulan dalam laman sosial Facebook.

Surat makluman pembatalan itu dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM kelmarin.

Tujuh calon umum pro-M yang dibatalkan kemenangan mereka ialah Muhammad Hazim Md Noh, Siti Hajar Zolqarnain, Mohammad Rafi Abu Bakar, Mohd Hanif Md Radzi, Azlinda Abdullah, Amirul Rahman Mohd Khozam dan Nurul Hanisah M Yunus.

Sumber berkata, tujuh calon lain yang menggantikan mereka ialah Anas Abu Hassan, Low Yak Leng, Hanita Hanim Mohd Ali, Muhd Zulkhairi Zulkifli, Siti Aisah Atan, Adibah Aini Anuar dan Pang Ping Fen.

Dalam pilihan raya kampus itu, pro-A menguasai 37 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan manakala pro-M hanya memenangi 11 kerusi. Dengan pembatalan tersebut, pro-M kini hanya tinggal 4 kerusi sahaja.

Selasa lalu, UPM mengadakan pilihan raya kampus yang menyaksikan 41 calon bertanding bagi merebut 16 kerusi umum.

- Malaysiakini
Readmore »

Pro-Aspirasi menang lagi di 3 kampus utama

Kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) menang lagi di tiga kampus utama dalam pilihan raya kampus universiti masing-masing semalam.

Dalam keputusan yang diumumkan lewat malam tadi, kumpulan tersebut menewaskan musuh tradisinya pro-Mahasiswa (pro-M) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Di UKM, pro-A memenangi 19 kerusi berbanding pro-M yang mendapat 15 kerusi. Bebas mendapat 1 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.

Di UTM, pro-A memenangi 28 kerusi manakala pro-M mendapat 18 kerusi. Bebas mendapat 5 kerusi. Keseluruhannya 51 kerusi dipertandingkan.

Sementara keputusan di USM pula, pro-A menang besar. Di kampus utamanya di Pulau Pinang, kumpulan tersebut menang bergaya dengan 31 kerusi.

Bebas berjaya mendapat 2 kerusi. Pro-M pula gagal mendapat sebarang kerusi.

Penguasaan berterusan pro-A

Keputusan kampus Kubang Kerian belum diperolehi setakat ini. Universiti berkenaan mempertandingkan 39 kerusi.

Keputusan terbaru tersebut melengkapkan penguasaan berterusan kumpulan pro-Aspirasi di kampus-kampus, melainkan di kubu kuat mereka di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sebelum ini, pro-A turut menang tipis di Universiti Malaya (UM) apabila mendapat 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Pro-Mahasiswa tewas apabila mendapat 17 kerusi - kurang dua kerusi berbanding tahun lalu. Calon Bebas memperolehi 3 kerusi.

Tidak puas hati dengan keputusan tesebut, pro-M mengadakan demontrasi di universiti berkenaan malam tadi sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula, pro-A memperolehi 37 kerusi berbanding pro-M sebanyak 11 kerusi.

Pro-M hanya bertahan di UIA, UMT

Bagaimanapun kemenangan 7 daripada 11 calon kumpulan pro-M dibatalkan kerana didapati berkempen secara berkumpulan menggunakan laman sosial Facebook.

Selain di UIA, pro-M hanya menang di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Di pusat pengajian tersebut, pro-M menang 11 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A hanya mendapat 1 kerusi sahaja.

Di UIA - satu-satunya kampus utama yang masih dikuasai pro-M - kumpulan itu mempertahankan kemenangan dengan memperolehi 15 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala pro-Aspirasi, bebas dan calon antarabangsa, masing-masing mendapat 4 kerusi.

Baki dua lagi kerusi - masing-masing satu di Fakulti Perubatan dan kerusi Antarabangsa di Kuantan - kosong ekoran tiada calon yang bertanding di situ.
Readmore »

E-Voting 'pilot test' kecenderungan pengundi muda PRU 13

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Pro-Mahasiswa (Pro-M) mendakwa pengenalan sistem e-undi di Universiti hanya bertujuan membantu kerajaan membaca trend politik pengundi muda pada Pilihanraya Umum ke-13 kelak.

Menurut Pengerusi Pro-M Nasional, Mohd Shafie Hashim, strategi sedemikian dengan menjadikan Universiti sebagai ‘pillot test’ telah lama dilakukan oleh parti-parti pemerintah di negara maju.

“Ini baru kebarangkalian...Saya tidak mahu katakan pasti atau sebaliknya motif e-Undi ini sebenarnya untuk membantu Umno BN membaca trend pengundi muda,” jelasnya.

“Tetapi, parti-parti pemerintah di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri sudah lama menggunakan cara ini, jelasnya.

Sekiranya kebarangkalian tersebut benar, beliau yang juga Pengerusi Pro-M Universiti Malaya (UM) memuji parti-parti pemerintah kerana mahir dalam memanfatkan teknologi tinggi.

“Kalau benar, kerajaan serta parti-parti pemerintah boleh dikata hebatlah sebab sudah pakai strategi berkapasiti tinggi yang lazim digunakan oleh negara-negara maju saja.”

“Ini baru kebarangkalian yang dikeluarkan oleh Unit Kajian Strategik (UKS) kita (Pro-M),” jelasnya.

Tambahnya lagi, penggunaan universiti untuk kepentingan parti-parti pemerintah sudah tentu memberi banyak kelebihan, berbanding pembangkang iaitu Pakatan Rakyat.

“Kerajaan dilihat terkehadapan jika benar menggunakan Universiti (sebagai ‘pillot test’), sedangkan parti-parti Pakatan Rakyat masih dilihat bekerja cara lama (iaitu) kenal pasti penyokong parti masing-masing, kemudiannya didaftarkan mereka sebagai pengundi baru untuk persiapan PRU13 kelak,” jelasnya.

Ditanya tentang kaedah membaca trend pengundian pengundi muda menggunakan e-undi, beliau menjelaskan bahawa data-data perolehan boleh disusun secara automatik mengikut demografi tertentu secara strategik.

“Secara relatif, data ini boleh disusun ikut demografi negeri, faham politik, latar belakang pendidikan dan tahap hidup selesa (sama ada) tinggal di kolej atau di luar (kampus).”

“Kalau keputusan e-undi menunjukkan (bahawa) majoriti mahasiswa (pengundi) peranakan atau bemastautin di Kedah umpamanya cenderung pada parti-parti yang memerintah negeri tersebut, maka ianyanya memberi isyarat (kepada kerajaan persekutuan) bahawa pengundi muda dalam PRU13 kelak mungkin lebih cenderung (pada) mengekalkan kerajaan negeri (Pakatan Rakyat) yang sedia ada,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana universiti yang sepatutnya bersifat autonomi akhirnya dijadikan perkakas politik oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Exco Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) turut mempersoal motif di sebalik pertemuan sulit antara ProA dan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustafa Mohammad yang dijangka akan diadakan pada malam ini.

“Malam ini, saya diberitahu (bahawa) akan ada suatu pertemuan tertutup (yang) melibatkan semua MPP Pro Aspirasi di kediaman peribadi Datuk Mustafa, di ibunegara,” jelasnya.

“TNC HEP (Profesor Madya Datuk Dr. Azarae Idris) dan semua staff universiti yang terbabit menjayakan sistem e-undi ini pun turut dijemput.”

“ Adakah pertemuan tersebut untuk menjelaskan (laporan) trend undi muda di Universiti seperti yang saya perkatakan ini?” soal beliau.

Semalam, keputusan Pilihan Raya Kampus UM menyaksikan Pro-A mendapat 21 kerusi manakala Pro-M mendapat 17 kerusi.

Readmore »

UKM: Pro-M bantah keputusan PRK

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini membuat bantahan kepada pihak pentadiran universiti berhubung kekalahan calonnya di Fakulti Kejuruteraan.

Seorang jurucakap Pro-M berkata, jumlah undi bagi fakulti itu yang dikira di kolej kediaman tidak sama dengan yang diumumkan di pusat penjumlahan undi menyebabkan calon Pro-M yang sepatutnya memenangi kerusi tersebut, kalah.

"Kami (Pro-M) dalam proses membuat bantahan kepada pihak universiti kerana tidak puas hati dengan keputusan pihak universiti yang memenangkan calon Pro-Aspirasi (Pro-A)di fakulti kejuteraan,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menyaksikan Pro-M memenangi 15 daripada 35 kerusi yang dipertandingkan iaitu empat kerusi umum dan sembilan kerusi fakulti.

Manakala Pro-A mengekalkan penguasaannya di kampus berkenaaan apabila memenangi 19 kerusi.

Bagaimanapun, Pro-M tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan membuat bantahan kepada pihak universiti.

Malam tadi, kira-kira 500 mahasiswa berkumpul di hadapan Kompleks Abdul Salleh bagi membantah keputusan tersebut.

Pro-M turut mengesyaki terdapat manipulasi undi dilakukan kerana walaupun proses pengiraaan undi selesai kira-kira jam 8.30 malam, tetapi keputusan hanya diumumkan pada jam 12 malam.

Sehubungan itu, Pro-M sedang berusaha membuat bantahan berhubung perkara itu termasuk juga bantahan berhubung sikap double standard pihak universiti sepanjang proses piihanraya berlangsung.

Semalam mereka mendakwa kakitangan UKM menjalankan kempen untuk memenangkan calon-calon tajaan Universiti, walaupun waktu berkempen telah ditamatkan sejak 12 tengah malam semalam.

Pro-M masih menungggu jawapan daripada pihak universiti termasuk memohon untuk mengadakan sesi dialog.
Readmore »

UM: Bantahan E-undi memuncak, mahasiswa berang

Suasana tegang menyelubungi Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur malam semalam apabila lebih 500 mahasiswa berkumpul dan bertelingkah berhubung keputusan pilihan raya kampusnya.

Lebih 300 pelajar daripada kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) melancarkan bantahan berhubung pengundian secara berkomputer atau e-undi sejurus selepas keputusan menunjukkan kumpulan pro-aspirasi (pro-A) kembali menguasai universiti ini.

Bantahan yang bermula jam 10.30 malam semalam berlanjutan selama sejam di pejabat canselori, UM.

Walaupun pihak keselamatan cuba menghalang perhimpunan itu tetapi mereka gagal berbuat demikian apabila jumlah yang terbabit semakin ramai.

Pelajar menuntut naib canselor, Ghauth Jamson turun bagi berbincang dengan mereka sambil melaungkan slogan seperti "NC turun", "bantah e-undi" dan "kita marah".

Walaupun pelajar dimaklumkan bahawa naib canselor dan timbalannya tidak berada di pejabat ketika itu, namun mereka tidak mempercayainya dan tetap menuntut berjumpa dengannya.

Seorang pegawai kemudiannya membawa seorang wakil pelajar ke bilik naib canselor bagi membuktikan bahawa pegawai-pegawai kanan universiti berkenaan telah meninggalkan pejabat mereka.

Kumpulan pelajar pro-M akhirnya bersetuju bersurai selepas pihak universiti berjaya menghubungkan mereka dengan naib canselor melalui panggilan telefon. Ghauth dilaporkan bersetuju berjumpa dengan kumpulan yang tidak puas hati itu hari ini pada jam 11 pagi nanti.Pro-M berhimpun lagi pagi ini

Pada ucapannya, presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM Shazni Munir Mohd Ithnin berkata mereka akan terus berjuang supaya pilihan raya diadakan semula tetapi bukan secara e-undi.

Beliau juga berkata kumpulannya akan sekali lagi berhimpun di Dewan Tunku Cansellor hari ini mulai jam 9 pagi.

"Pilihan raya wakil pelajar bukan pilihan raya bagi melantik pengawas sekolah tetapi ia adalah untuk memilih kabinet bayangan bagi pemimpin masa depan,” katanya.

Dalam kekecohan malam semalam, pergelutan kecil juga berlaku di antara kedua-dua kumpulan mahasiswa berkenaan. Bagaimanapun kehadiran pegawai keselamatan universiti berjaya meleraikan keadaan.

Pihak polis juga menghantar anggotanya bagi memantau keadaan. Tiada tangkapan dibuat.

Pada keputusan yang diumumkan pada jam7 petang semalam, pro-M memperolehi 17 kerusi dan tewas dengan hanya kekurangan empat kerusi.

Kumpulan pro-A menyapu 21 kerusi manakala calon bebas memenagi tiga kerusi.Dua daripada calon bebas itu kemudiannya bertindak menyokong kumpulan Aspirasi.

Pada pilihan raya kampus yang lalu, kumpulan pro-M menang dengan hanya kelebihan satu kerusi.

- Malaysiakini
Readmore »

UM: Pro-Aspirasi kuasai semula

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya gagal mempertahan kerusi mereka untuk mendapat majoriti dalam Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) apabila tewas di tangan kumpulan Pro-Aspirasi.

Dalam keputusan yang diumum lewat petang tadi, Pro-M hanya mendapat 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi atau Penggerak, 21 kerusi, manakala bebas pula berjaya memperoleh 3 kerusi.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Pro-Aspirasi kembali merampas MPP kampus itu setelah dimenangi Pro-M pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Pengumuman keputusan petang tadi dibuat Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor (DTC) dihadapan penyokong kedua-dua kumpulan.

Pro-M bagaimanapun mengemukan beberapa bantahan sewaktu tempoh bantahan dan rayuan dibuka selepas pengumuman dibuat.

Antara bantahan tersebut termasuklah berkait gangguan sistem undian beberapa jam dan mengganggu sekurang-kurangnya keputusan di tiga kolej.

Kejadian itu menyebabkan Pro-M meragui keputusan yang diumumkan.

Pihak pengurusan pilihanraya bagaimanapun memberitahu hanya akan menjelaskan berkaitan bantahan itu esok.

Pada tahun lalu, Pro-M memperoleh 19 kerusi manakala Penggerak mandapat 20 kerusi.

Bagaimanapun Pro-M berjaya membentuk kabinet MPP apabila dua calon bebas yang menang menyatakan sokongan kepada kumpulan mereka.

Tahun in merupaka kali pertama sistem undian elektronik, e-undi dilaksanakan di kampus tersebut.

Ianya bagaimanapun ditentang hebat khususnya kumpulan Pro-M yang mendakwa sistem tersebut terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan.

Penyokong masing-masing dilihat mula membanjiri DTC seawal jam 5.30 petang sejurus waktu pengundian tamat.

Kedua-dua kumpulan mereka diasingkan sebelah menyebelah tempat duduk bahagian atas dewan dengan dikawal pasukan keselamatan universiti.

- Harakahdaily
Readmore »

UPM: Kempen Facebook, kemenangan dibatal

Tujuh calon pro-mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) dibatalkan kemenangan mereka dalam pilihan raya kampus itu Selasa lalu.

Pembatalan itu susulan mereka didakwa berkempen secara berkumpulan dan menggunakan Internet melalui laman sosial Facebook.

Semua mereka calon umum daripada 16 kerusi, mendapat surat memaklumkan pembatalan itu daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM pada 6.40 petang semalam.

Calon-calon yang mendapat undi terbanyak di kerusi-kerusi berkenaan akan menggantikan kekosongan tujuh kerusi berkenaan.

Menurutnya seorang jurucakapnya Ahmad Faris Rakbi, empat lagi calon kumpulan itu - semuanya peringkat fakulti - tidak menghadapi masalah serupa.

UPM mempunyai 48 kerusi yang dipertandingkan, termasuk 32 kerusi peringkat fakulti - dua daripadanya di kampus Bintulu, Sarawak.

Menurut Ahmad Faris, ketujuh-tujuh calon umum itu terdiri daripada dua pelajar fakulti sains iaitu Muhammad Hazim Md Noh dan Siti Hajar Zolqarnain.

Tiga mahasiswa fakulti pertanian iaitu Mohammad Rafi Abu Bakar, Mohd Hanif Md Radzi dan Azlinda Abdullah.

Sementara masing-masing seorang dari fakulti sains perubatan dan kesihatan, Amirul Rahman Mohd Khozam dan Nurul Hanisah M Yunus dari fakulti bahasa moden dan komunikasi.

Menurutnya calon-calon yang bertanding menerima surat daripada HEP, pada Ahad lalu - dua hari selepas penamaan calon - yang melarang mereka berkempen di laman sesawang termasuk rangkaian Facebook.

Calon dakwa pelajar lain yang mempromosikan mereka

Ekoran arahan tersebut, pihaknya telah memberi peringatan kepada pencadang, calon fakulti dan umum mereka agar patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pentadbiran univerisiti, tambah Ahmad Faris.

"Pelajar lain yang mempromosikan kami di Facebook, bukan calon atau pencadang kami. (Jadi) kami mempertikaikan pembatalan kemenangan kami, sedangkan kami tak buat salah.

"Kami berkempen dengan mengeluarkan poster dengan dicop oleh jawatankuasa pilihan raya," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Faris menyifatkan pembatalan kemenangan mereka adalah "satu pencabulan terhadap demokrasi " di kampus tersebut.

Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM, Abdullah Arsyad berkata, sehingga jam 5 petang ini, kesemua pelajar terbabit gagal mengemukakan sebarang rayuan.

Sehubungan itu, tambahnya, jawatankuasa pemilihan kampus berkenaan akan bersidang malam ini bagi menentukan isu-isu berkaitan pembatalan kemenangan pelajar terbabit.

"Saya difahamkan keputusan akan diberitahu esok," kata Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.

- Malaysiakini

Readmore »

Wednesday, January 27, 2010

UPSI: Sekitar mengundi

Sekitar hari pembungan undi 28 Jan.

8.15 pagi : Kelihatan hanya beberapa orang calon dan wakil calon berkumpul di hadapan SITC menunggu kehadiran Dato’ Naib Canselor. Sekretariat juga turut membuat persiapan terakhir bagi memastikan proses mengundi lancar.

8.25 pagi : Dato’ Naib Canselor dan TNCHEPA tiba di SITC.

8.30 pagi : Dato’ Naib Canselor memberi sedikit kata aluan dan membuka sistem e-vote untuk memasukkan kata kunci. Naib Canselor memasukkan kata kunci ke dalam sampul dan dimasukkan kedalam peti serta diletakkan diatas meja pentas SITC bagi memastikan kata kunci tersebut boleh dipantau semua pihak.


8.40 pagi : Sistem dibuka dan seorang pengundi diminta memulakan pengundian bagi melihat sama ada sistem berjalan dengan baik atau tidak.


8.50 pagi : Sistem secara rasmi dibuka untuk semua 7 pusat pengundian. Encik Faizi membuat panggilan kepada tujuh tempat pengundian untuk dibuka iaitu Dewan Kolej Zaba, Foyer KHAR, Bilik 24 jam perpustakaan, Foyer Bangunan Canselor, Bitarasiswa, Foyer IPSI DAN SITC. Kelihatan beberapa orang calon dan wakil calon bergambar dengan Naib Canselor.


9.00 pagi : Kelihatan beberapa orang pengundi termasuk calon dan wakil calon mula berbaris untuk mengundi.Dato' Naib Canselor beredar dari SITC.

- UPSI Kini
Readmore »

Perlukah sertai PRK?

Saban tahun, pilihanraya kampus (PRK) pasti mewarnai suasana di institusi pengajian tinggi dan juga kolej universiti di seluruh negara. Pada tahun ini juga, pasti kancah Pilihanraya Kampus yang mana telah dibubarkan semalam akan menjadi buah mulut masyarakat dan pemerhati politik tempatan.

Persoalan besar yang selalu bermain di minda ramai pihak ialah mengapa para mahasiswa mengambil berat akan pilihanraya ini? Adakah ingin menunjukkan jaguh atau sekadar suka-suka untuk menempah nama. Atau juga sebagai alat pro kepada kumpulan tertentu yang berkepentingan?


Saya sebagai salah seorang calon dan memenangi pilihanraya pada sesi lepas yang terlibat secara langsung dalam PRK pada tahun lalu berasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat berkaitan demokrasi di gerbang ilmu ini.
Sebenarnya, Pilihanraya Kampus (PRK) disertai oleh para mahasiswa disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah untuk menjadi pemimpin kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya dahulu, pemilihan pengawas di sekolah hanyalah lantikan dan bukan pemilihan, tetapi ia senario berbeza di Universiti.

Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana calon yang dirasakan layak untuk memimpun mereka. Yang boleh menjadi pemimpin dalam menyuarakan isu kebajikan mereka, yang boleh mengendalikan pesta konvokesyen, forum dan juga pelbagai program intelektual lain.

Para mahasiswa yang keluar mengundi inginkan satu kepimpinan yang boleh memacu perubahan ke arah penegakkan haknya di universiti. Pemimpin pelajar yang terpilih itu pula perlulah menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakan sebayanya mengenai potensi generasi muda dari seorang pelajar biasa kepada pelajar yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.Selain itu, pemimpin pelajar yang dipilih juga wajar dilihat sebagai pemimpin pembina budaya (culture builder).

Selanjutnya, PRK merupakan medan demokrasi unggul yang mengajar para mahasiswa erti pilihanraya. Bermula dari pemilihan calon, hari penamaan calon, kempen, risalah-risalah, manifesto, kain rentang dan pengiraan undi,ia merupakan situasi sebenar seperti dalam pilihanraya umum. Mahasiswa yang didedahkan dengan PRK, akan mengetahui cara-cara perjalanan pilihanraya dan juga peraturan semasa piliharaya yang seterusnya dapat diadaptasikan oleh mereka setelah keluar dari menara gading.

Demokrasi ini dilihat boleh menyedarkan para mahasiswa bahawa pangkahan mereka amat bernilai dalam mencorakkan kepimpinan pelajar. Jadi, faktor pemakaian demokrasi dalam diri mahasiswa adalah penting sebelum mahasiswa menemui dunia realiti yang lebih mencabar dan penuh dengan pancaroba dalam ilmu politik.

Selain itu, PRK juga diperkenalkan adalah kerana ingin mencari pemimpin pelajar yang boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat luar terutamanya muda-mudi yang mengalami krisis identiti sekarang.

Perkara ini mampu merungkai dan membawa keluar kerumitan dan kegelisahan masyarakat yang dilingkari dengan masalah sosial dan jenayah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah. Secara analisisnya, suara mahasiswa sebenarnya amat mahal dan apabila ia bersuara, pasti ada perkara yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat.

Di samping itu, kepimpinan negara memerlukan pelapis yang boleh menjadi pengganti kepada pemimpin sedia ada sekarang. Negara memerlukan tenaga dan daya pemikiran pemimpin yang baru bagi melangkah gagah menghadapi arena globalisasi dan juga hal ehwal dalaman negara kita.

Sekiranya kita selongkar sejarah lama, pemimpin pelajar seperti Shabery Cheek, Mahathir Mohamad, Zahid Hamidi, Saifuddin Abdullah, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Husam Musa, Abu Bakar Chik dan ramai lagi pemimpin yang pernah memegang tampuk pemerintahan negara, pernah diasuh sebagai pemimpin pelajar.

Oleh yang demikian, jelas PRK bukan sekadar berseronok ketika kempen, tetapi juga mempunyai matlamat jangka panjang yang amat penting dalam pembangunan negara.

PRK turut mengajar erti kebebasan memilih kepada para mahasiswa dalam pemilihan pemimpin pelajar.

Para calon pula boleh menggunakan peruntukan dalam Perkara 10 klausa 1 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan idea. Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut tidak mutlak tetapi mempunyai beberapa sekatan tertentu yang antara lainnya melarang mahasiswa menyebarkan fitnah, ugutan, menghina calon lain dan juga menyebarkan provokasi.

Dalam Peraturan 64.5 Peraturan-Peraturan Pemilihan (Perjalanan Pemilihan) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri jelas melarang setiap calon dan wakilnya daripada membuat paksaan, ugutan dan deraan dalam apa jua bentuk terhadap orang perseorangan. Prinsip keadilan asasi (natural justice) boleh diterapkan ke dalam jiwa mahasiswa dan mereka dapat disedarkan dengan hak asasi untuk bebas membuat pemilihan.

Bagi setiap calon pula, sifat pemimpin pelajar yang neutral, tidak mempunyai agenda politik serta bukan jurucakap kepada parti politik perlu ada paa setiap mahasiswa yang ingin bertanding dalam PRK. Hal ini sejajar dengan konsep politik nilai mahasiswa dan juga Seksyen 15 kurungan 3 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang menyatakan bahawa para pelajar dilarang menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja.

Setelah diperhalusi tujuan PRK,maka saya merasakan bahawa PRK amat penting dalam mencorakkan pemikiran mahasiswa dan ia wajar dijadikan suatu nilai yang penting dalam diri mahasiswa. Dihujahkan bahawa pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa seperti mendapatkan kerusi dewan undangan negeri atau Parlimen.

Pemilihan peringkat kampus juga bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi medan pilihanraya kampus wajar dijadikan medan atau sekolah pembelajaran bagi mendidik mahasiswa untuk terlibat aktif dalam demokrasi sama ada di kampus dan di luar kampus setelah tamat pengajian mereka.

Suasana PRK pula perlulah adil dan berdemokrasi yang secara automatik akan melahirkan para mahasiwa menjadi lebih bermoral dan pro-demokrasi dalam menjana satu suasana politik sihat di Malaysia pada hari mendatang.


Oleh yang demikian, jelas bahawa matlamat pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar wajar diterima oleh pelbagai pihak bahawa ia diadakan untuk mendidik erti demokrasi kepada mahasiswa. Sekiranya ia menyimpang jauh daripada matlamat asal, dibimbangi bahawa pemimpin yang dipilih bukan atas faktor kredibiliti atau kemampuan untuk memimpin,tetapi dipilih atas dasar ketakutan dan dipaksa.

Ini akan memberikan ancaman kepada kepimpinan negara boleh meruntuhkan keutuhan negara kita pada masa hadapan. Merujuk kepada kata-kata falsafah barat yang menyatakan bahawa ‘masa depan dibeli oleh masa sekarang’, maka mahasiswa seluruh negara wajar merenung kata-kata ini dan wajar persiapkan diri untuk memandu negara selepas ini.
Janganlah pilihanraya kampus yang bernilai tinggi ini hanya melahirkan pemimpin yang hanya ‘angguk-angguk,tetapi tidak berani ‘geleng-geleng’ dan ini akan merencatkan pertumbuhan penghasilan pemimpin masyarakat yang berkaliber di negara bertuah ini.

:::::BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN::::


Mujahid Muda
`Universiti Malaya'

- http://nadiunimap.blogspot.com
Readmore »

UIAM: Utusan diminta tarik balik laporan

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Akhbar utusan Malaysia diminta menarik balik laporan mereka yang mendakwa kumpulan Pro-Aspirasi telah menguasai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa UIAM pada Pilihan Raya Kampus (PRK) 21 Januari lalu.

Kumpulan Pro-Mahasiswa UIA, dalam satu kenyataan berkata laporan Utusan 26 Januari di muka 6, bertajuk 'Calon Pro-Aspirasi kuasai UIAM' adalah tidak benar sama sekali sebaliknya Pro-Mahasiswa yang mendapat majoriti kerusi yang dipertandingkan.

"Pro-Mahasiswa dengan tegas menafikan kemenangan Pro-Aspirasi .. Bukan persoalan siapa pemenangnya , tetapi kebenaran .

"Memang tidak dinafikan calon-calon Pro-Aspirasi telah memenangi beberapa kerusi, tetapi Utusan Malaysia telah menyebabkan warga kampus dan masyarakat terkeliru," katanya.

Pada pilihan raya kampus lalu, Pro Aspirasi telah memenangi 15 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan Manakala Pro-Aspirasi mendapat empat, Bebas (4) dan Antarabangsa (5).

59 peratus kehadiran pengundi dicatatkan dengan jumlah seramai 6,938 mahasiswa menunaikan tanggungjawab daripada sejumlah 11,760 yang layak mengundi.

"Diharap kenyataan (laporan utusan) ini ditarik balik kerana Utusan Malaysia adalah media bercetak yang besar.

Untuk rekod, seramai 42 calon kampus itu telah bertanding bagi merebut 29 kerusi yang ditawarkan.
Readmore »

UM: Halang kempen, PRK kecoh

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Tindakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM) menghalang Pro-Mahasiswa (Pro-M) daripada berkempen menyebabkan berlakunya kekecohan pada hari terakhir kempen bagi pilihanraya kampus (PRK) kampus berkenaan semalam.

Sumber memberitahu, HEP bertindak mengarahkan Pro-M mencabut banner yang digantung di sekitar kampus apabila mendapat aduan daripada Pro Aspirasi (Penggerak) yang mendakwa banner calon Pro-M tidak mengikut garis panduan sewaktu berkempen.

Penggerak mendakwa Pro-M melanggar peraturan kempen apabila menggantung banner besar daripada "Fan Club" calon-calon, sedangkan mereka sendiri turut berbuat demikian.

Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati pihak Pro-M menyebabkan mereka mengerumuni HEP yang berada di tempat kejadian bagi mendapatkan penjelasan.

Apabila Pro-M memberitahu Penggerak juga melakukan perkara yang sama, pihak HEP bersetuju untuk menyiasat dakwaan tersebut.

PRK UM didakwa berlaku pencabulan demokrasi kampus yang sangat teruk apabila pelbagai sekatan dikenakan terhadap jentera dan calon Pro-M namun keistimewaan jelas diberikan kepada Penggerak untuk melakukan apa sahaja.

Hal ini dibuktikan dengan tindakan HEP menghalang calon Pro-M berkempen di kolej kediaman atas alasan ianya tempat berkempen untuk Penggerak.

Sedangkan dalam peraturan pilihanraya ada dinyatakan mana-mana calon yang bertanding bebas berkempen di kawasan kampus termasuk di kolej-kolej kediaman dan fakulti-fakulti.

HEP juga jelas dilihat "double standard" terhadap calon-calon Pro-M.

Proses pengundian secara e-undi di UM berlangsung bermula jam lapan pagi ini dan akan tamat pada jam lima petang nanti. Manakala keputusan dijangka diumumkan pada jam 6.30 petang.

Selain UM, empat lagi kampus melalui proses pengundian hari ini iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pro-M sebelum ini telah menguasai kerusi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) namun di Universiti Putra Malaysia (UPM) Pro-M hanya berjaya menang sebelas kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.
Readmore »

Pemilihan MPPUSIM lancar

Bandar Baru Nilai, 21 Januari 2010 – Bahang Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) masih lagi terasa dikalangan warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Proses pemilihan yang berlangsung seawal 8.30 pagi hingga 4.30 petang berjalan dengan teratur dan aman.

Sebanyak 24 kerusi dipertandingkan pada tahun ini. Seramai 39 calon bertanding di mana 24 calon bertanding untuk merebut 16 kerusi Kawasan Fakulti dan 15 orang calon bertanding untuk merebut 8 kerusi Kawasan Umum.

Seramai 4360 pelajar keluar mengundi pada tahun ini menjadikan peratus kehadiran sebanyak 91.06%. Dua fakulti menang tanpa bertanding iaitu Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK).

Saudara Muhammad Hilmi Juhari, Pelajar tahun 3 Fakulti Ekonomi dan Muamalat jurusan Perakaunan meraih undian tertinggi untuk kawasan Umum. Beliau melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas kejayaan yang telah dikecapi.

“Saya berharap agar USIM lebih menyerlah dan menonjol pada masa hadapan dan menjadi pesaing kepada universiti-universiti yang lain serta menjadi rujukan dan tauladan kepada masyarakat umum”, tambah beliau lagi.

Fakulti Pergigian (Fpg) telah dianugerahkan sijil penghargaan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 100% pelajar keluar mengundi oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM atas semangat yang prihatin serta cakna dengan perkembangan dan kemajuan Universiti.

Seperti tahun sebelumnya, USIM terus melaksanakan pemilihan MPP secara on-line melalui sistem e-UNDI. Sistem ini telah digunapakai sejak tahun 2006. Ia merupakan satu sistem yang telah diuji dan terbukti selamat dan boleh diyakini. Ini kerana sistem ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang utuh. Penggunaan Sistem e-UNDI USIM ini juga telah terbukti mampu mempercepatkan urusan penjumlahan undi dan boleh mendapat keputusan dengan lebih cepat.

Keputusan undian telah diumumkan oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM. Beliau berharap mereka yang dipilih dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berupaya membawa ummah dan negara ke tahap kemajuan yang tinggi, sehingga dihormati dan dipandang mulia.

- USIM

Readmore »

USIM pelopori kampus tanpa plastik

HARI ini dengan berlakunya perubahan cuaca yang tidak menentu, penipisan lapisan ozon, banjir kilat, kenaikan suhu global dan pencemaran udara serta air bertoksin, ia sebenarnya 'menceritakan' mengenai kemusnahan bumi.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa dalam hal ini kesalahan harus dituding kepada sikap rakus manusia yang menjadi faktor utama pencemaran alam sekitar.

Bukan tidak ada kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara alam sekitar tetapi pendekatan yang dilakukan tidak cukup malah boleh dikatakan mereka juga seolah-olah belum sedar atau peka dengan masalah yang mengancam dunia hari ini.

Pelbagai promosi serta aktiviti dilakukan dalam usaha memelihara alam sekitar tetapi sebenarnya ia seolah-olah 'mencurah air di daun keladi'.

Untuk itu, menurut Yang diPertua Kelab Alam Sekitar Universiti Sains Malaysia (USM), Ainaa Shafeenaz Shamsuddin, 21, sejak Januari 2008, USM telah 'mengharamkan' penggunaan bekas makanan polisterin serta merta di semua 32 kafeteria universiti berkenaan.

Malah program Kafeteria Sejahtera-Membangunkan Kampus Lestari di USM turut melihat penglibatan operator kafetaria menggunakan bekas makanan mesra alam yang diperbuat daripada bahan buangan kelapa sawit bagi membungkus makanan.

"Ia bukanlah satu perkara yang mudah apabila keputusan atau perubahan ini diambil kerana banyak faktor yang perlu diambil kira dan pelbagai kebimbangan yang terlintas di fikiran andai kata program ini ditentang atau gagal.

''Tetapi setakat ini Alhamdulillah, program 'The White Coffin' ini masih berterusan sehingga hari ini dan saya sangat menghargai dan kagum dengan semangat semua pengusaha kafe di USM yang sanggup berkorban dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

''Malahan mereka sebenarnya mempunyai kesedaran yang lebih tinggi tentang alam sekitar dan kesihatan,'' ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Jelas beliau, sebelum itu, USM telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlanagan Serantau Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (Regional Centre of Excellence in Education for Sustainable Development) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Universiti Nagoya, Jepun pada 29 pada Jun 2005.

Ini kerana kejayaan kempen-kempen kelestarian seperti The White Coffin yang berjaya menyahkan penggunaan polisterin dan mengurangkan penggunaan plastik yang mendapat pelbagai pengiktirafan dunia serta penggemblengan pelbagai kepakaran untuk membangunkan 'eco-hub' melalui usaha memanfaatkan sumber yang ada.

Ia merupakan antara contoh kejayaan yang dilakukan secara sukarela oleh warga kampus USM.

Kejayaan terkini dalam pelbagai usaha penyelidikan dan inovasi membuktikan kesungguhan USM untuk melakukan transformasi menyeluruh yang melibatkan pemikiran dan tindakan yang berterusan.

Dengan bilangan siswazah ijazah tinggi mencecah lebih 14,500 orang dan siswazah ijazah pertama mencecah lebih 99,000 orang, USM yakin mampu untuk menggembleng kekuatan yang ada untuk mencapai misi tersebut.

Pada masa ini, USM mempunyai kira-kira 1,076 orang staf akademik di kampus induk Pulau Pinang, kira-kira 600 staf akademik di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan kira-kira 250 orang staf akademik di Kampus Kesihatan Kelantan dengan hampir 80 peratus daripada mereka berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).

USM akan terus memainkan peranan untuk mendidik dan menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia yang berupaya untuk memanfaatkan bahan-bahan tempatan untuk faedah umat manusia dengan tumpuan utama menghasilkan produk-produk yang dapat membantu golongan terkebawah yang berada dalam paras kemiskinan.

Menurut Ainaa lagi, dengan penggunaan bekas makanan mesra alam, ia bukan sahaja mengelak daripada pencemaran alam malah ia juga salah satu cara pemuliharaan alam sekitar.

''Saya rasa umum telah ketahui bahawa sehelai beg plastik gred 1 iaitu tepu, memerlukan sekitar seribu tahun untuk diceraikan.

''Manakala tempoh bagi polisterin pula mengambil masa sehingga 10,000 tahun kerana plastik dan polisterin diperbuat daripada bahan kimia yang berbeza,'' katanya lagi.

Tambahnya, menurut kajian yang dilakukan di USM, daripada 7,000 bekas makanan yang digunakan di universiti itu setiap hari, hanya 1,000 sahaja yang mesra alam dan mampu hancur dengan baik.

Untuk program tersebut, USM kini menjadi salah satu universiti pelopor dalam usaha memulihara alam sekitar kerana selain kampus di Pulau Pinang, mereka akan meluaskan kempen itu di kampus mereka di Kubang Kerian, Kelantan dan Nibong Tebal, Seberang Prai Selatan.

Untuk pengetahuan umum, kempen ini sebenarnya disuarakan oleh semua 30,000 staf USM dan pelajar mereka yang mahukan alam yang lebih terjaga dan lestari.

Sebenarnya, jika dilihat kembali, semua perkara baik perlu ada orang yang memulakannya di samping mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Ini kerana dengan sokongan-sokongan tersebut secara tidak langsung ia membolehkan usaha pemuliharaan berkembang luas dan akhirnya mampu memulihara alam sekitar negara ini yang dilihat semakin 'nazak'.

Sedikit sebanyak apa yang dilakukan hari ini dilihat satu tindakan positif ke arah pendidikan untuk merangsang kesejahteraan alam sekitar.

- Utusan

Readmore »

Jangan ketatkan peraturan Sudut Pidato - Timb Menteri KPT

Pihak universiti diminta bersikap liberal tidak mengenakan banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat awam di sudut pidato, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk
Saifuddin Abdullah.

Sebaliknya mereka perlu mengggunakan kebijaksanaan dan kaedah terbaik bagi kewujudan semula sudut itu di universiti membawa perubahan positif penuntut khususnya dalam meningkatkan kemahiran pengucapan awam, katanya.

"Sudut pidato adalah platfom yang sesuai untuk melahirkan mahasiswa yang serta mempunyai kemahiran insaniah seperti berpidato dan berfikir kritis.

"Saya bimbang jika terlalu banyak peraturan dikenakan ini akan mematikan mereka dalam meluahkan pelbagai idea sekaligus melenyapkan minat mereka pengucapan awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan semula Sudut di perkarangan Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata hala tuju politik di kampus harus ditentukan oleh
mahasiswa dan tidak perlu campur tangan daripada pihak lain kerana mereka pandangan dan hasrat mereka yang tersendiri.

'Jangan cepat label mahasiswa itu pro-pembangkang'

"Suara mahasiswa perlu didengari. Sudah pasti mereka mempunyai pelbagai dan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu tetapi janganlah kita cepat melabelkan mahasiswa itu pro-pembangkang apabila mereka tidak bersetuju dengan sesuatu hal," katanya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya Prof Datuk Dr Azarae Idris pula berkata pihak unversiti itu sedang merangka garis panduan bagi menentukan kaedah terbaik bagaimana para penuntut boleh manfaat yang positif daripada sudut pidato itu.

"Kita akan kaji dari sudut isi kandungan pengucapan yang bagaimana yang dibenarkan. Kita di sini mempunyai pelajar antarabangsa daripada lebih 80 negara ini yang kita mahu pastikan agar ucapan oleh para penuntut tidak menyalahi agama, politik dan hubungan dua hala antara dua negara," katanya.

Ketika ditanya sama ada pihak universiti itu akan mengenakan tindakan mahasiswanya yang ditangkap ketika menyertai demonstrasi perhimpunan proses pilihan raya kampus, beliau berkata ia bergantung kepada siasatan yang dibuat oleh polis.

"Kes tersebut masih dalam siasatan polis dan kita akan bertindak berdasarkan polis. Tetapi jika ada tindakan dibuat ia tidaklah sampai melarang daripada menduduki peperiksaan," katanya.

Pada kejadian Sabtu lalu polis menahan sembilan mahasiswa daripada
pelbagai universiti di sekitar Lembah Klang yang menyertai perhimpunan proses pilihan raya kampus di ibu negara.

- Bernama

Readmore »

Polis nafi guna kekerasan tahan mahasiswa

Polis menolak dakwaan pasukan itu menggunakan kekerasan, provokasi dan tidak profesional ketika menghalang mahasiswa di ibu negara Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis perkara itu dengan berhati-hati berdasarkan keperluan undang-undang.

Beliau berkata polis telah mengawal keadaan dengan mengarahkan mereka tetapi mereka enggan untuk bersurai malah menganggu ketenteraman, dan lalu lintas orang ramai di kawasan itu.

Sembilan penuntut dari lima institusi pengajian tinggi dilaporkan ditahan dalam insiden itu kerana mengadakan perhimpunan haram dan enggan bersurai walaupun diminta berbuat demikian oleh polis.

Muhammad Sabtu dalam kenyataannya berkata mereka yang ditahan dibebaskan pada hari yang sama setelah penyiasatan dan proses mengambil keterangan selesai.

"Semasa di balai polis, keadaan menjadi tegang apabila terdapat campurtangan daripada beberapa pihak yang merumitkan proses pertanyaan awal dan penyiasatan.

Tindakan pihak-pihak itu telah melengahkan proses polis untuk membebaskan kumpulan pelajar berkenaan dengan jaminan," katanya.

Muhammad Sabtu berkata berdasarkan aspek siasatan polis, mereka yang terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.


Sumber: Bernama

Readmore »

PRK: Pro-M kalah teruk di UPM

Calon pro-Aspirasi menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Ini ekoran kejayaan mereka memenangi 37 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.

Kumpulan pro-Mahasiswa pula memenangi 11 kerusi - merosot dua kerusi berbanding prestasinya pada tahun lalu.

Keputusan tersebut diumumkan kira-kira jam 7.30 malam ini di Kolej Kediaman Ke-13 UPM.

Khamis ini, empat univerisiti utama akan menghadapi pilihanraya kampus masing-masing.

Kampus tersebut ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Di UM, pro-Aspirasi UM setakat ini menang lapan kerusi tanpa bertanding manakala pro-M memperolehi empat kerusi.

Pilihan raya kampus di UKM pula akan menyaksikan pertandingan di hampir semua kerusi umum dan fakulti.

UKM mempertandingkan 35 kerusi, tetapi kerusi fakulti pengajian Islam telah dimenangi tanpa bertanding calon pro-M.

Readmore »

UKM: PRK, Pelajar buat laporan polis

Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuat laporan polis petang ini, mendakwa dia diganggu oleh sekumpulan kira-kira 10 lelaki dan perempuan yang didakwanya tidak puashati dengan sokongannya kepada pihak tertentu yang bertanding dalam pilihan raya kampus.

Pelajar tersebut, yang tidak mahu namanya disebut atas sebab-sebab keselamatan, mendakwa dalam laporan tersebut, bahawa kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke kolej kediamannya tengah malam tadi.

Dalam laporannya itu, pelajar berkenaan mendakwa mereka mengeluarkan kata-kata menghina terhadapnya kerana tidak puashati kerana dia menyokong pihak lain dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung Khamis ini.

Bagaimanapun, katanya, secara kebetulan, seorang rakannya lalu di situ dan dia terus meminta rakannya itu menemaninya pulang ke bilik asramanya.

Dalam laporan itu lagi, pelajar itu berkata, kumpulan berkenaan beredar apabila dia dan rakannya tiba di blok kediamannya.

Selepas itu, katanya, pada 20 Januari lalu, pelajar itu mendakwa dia menerima ugutan dari pegawai kolej kediamannya.

Menurut laporan itu lagi, pelajar mendakwa, pegawai berkenaan memberitahunya jika dia terlibat dengan pihak lain/luar, tindakan akan diambil terhadapnya.

Berikutan itu, katanya, dia membuat laporan polis hari ini kerana merasakan dirinya terancam dan bimbangkan keselamatan dirinya jika berlaku apa-apa hal di kemudian hari.

Sementara itu, jurucakap pro-M UKM mengesahkan pelajar berkenaan telah membuat laporan polis petang ini.

Katanya, salah seorang pemimpin pro-M turut menemani pelajar itu ketika membuat laporan polis di balai polis Bandar Baru Bangi.

Sumber: www.malaysiakini.com
Readmore »

PRK serentak di 6 IPTA esok

Pilihan raya kampus bagi enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan berlangsung serentak pada 28 Januari (esok).

Universiti berkenaan ialah tiga Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Manakala tiga lagi ialah Univerisiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Univerisiti Malaysia Pahang (UMP).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pengerusi pro-Mahasiswa nasional (pro-M), Mohd Shafie Hashim mengesahkan tarikh tersebut.

Katanya, tarikh penamaan bagi keenam-enam kampus itu pula ditetapkan pada 25 Januari - tiga hari sebelum tarikh mengundi.

Sementara itu, pro-Mahasiswa (Pro-M) UM akan meletakkan calon di kesemua 41 kerusi yang dipertandingkan di kampus itu kali ini.

Menurut sumber Pro-M, sepertimana tahun lalu, pilihan raya kampus tahun ini mempertandingkan sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Tahun lalu, pro-M UM memenangi 19 kerusi manakala pro-Aspirasi memperolehi 20 kerusi dan Bebas menang dua kerusi.

Bagaimanapun, dua calon Bebas kemudiannya menyebelahi pro-M bagi membolehkan kumpulan tersebut membentuk kabinet campuran dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa UM.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata antara isu yang akan diketengahkan dalam kempen pilihan raya kampus kali ini ialah bantahan terhadap pelaksanaan sistem pengundian elektronik atau e-undi.

Kumpulannya juga akan menumpukan kepada isu demokrasi kampus, termasuk menimbulkan semula isu dalam pilihan raya lepas, antaranya kes ugutan calon mereka dan isu kepala babi, di surau Akademi Pengajian Islam UM.

"Kita akan berjumpa dengan Naib Canselor Prof Dr Jasmon Ghauth dalam masa terdekat bagi(memastikan) kes seumpama itu tidak berulang," katanya.

sumber: www.malaysiakini.com

Readmore »

PRK serentak di 6 IPTA esok

Pilihan raya kampus bagi enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan berlangsung serentak pada 28 Januari (esok).

Universiti berkenaan ialah tiga Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Manakala tiga lagi ialah Univerisiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Univerisiti Malaysia Pahang (UMP).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pengerusi pro-Mahasiswa nasional (pro-M), Mohd Shafie Hashim mengesahkan tarikh tersebut.

Katanya, tarikh penamaan bagi keenam-enam kampus itu pula ditetapkan pada 25 Januari - tiga hari sebelum tarikh mengundi.

Sementara itu, pro-Mahasiswa (Pro-M) UM akan meletakkan calon di kesemua 41 kerusi yang dipertandingkan di kampus itu kali ini.

Menurut sumber Pro-M, sepertimana tahun lalu, pilihan raya kampus tahun ini mempertandingkan sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Tahun lalu, pro-M UM memenangi 19 kerusi manakala pro-Aspirasi memperolehi 20 kerusi dan Bebas menang dua kerusi.

Bagaimanapun, dua calon Bebas kemudiannya menyebelahi pro-M bagi membolehkan kumpulan tersebut membentuk kabinet campuran dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa UM.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata antara isu yang akan diketengahkan dalam kempen pilihan raya kampus kali ini ialah bantahan terhadap pelaksanaan sistem pengundian elektronik atau e-undi.

Kumpulannya juga akan menumpukan kepada isu demokrasi kampus, termasuk menimbulkan semula isu dalam pilihan raya lepas, antaranya kes ugutan calon mereka dan isu kepala babi, di surau Akademi Pengajian Islam UM.

"Kita akan berjumpa dengan Naib Canselor Prof Dr Jasmon Ghauth dalam masa terdekat bagi(memastikan) kes seumpama itu tidak berulang," katanya.

Readmore »

Jiwa mahasiswa

MAHASISWA itu adalah berjiwa besar.
ANAK MUDA itu MAHASISWA.

“ Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..”
YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid

Aku anak muda.
Jiwaku mudah berkocak.


"ahh..Kau anak muda yang selalu buat hal!!'. Bergema kata-katanya.

Aku anak muda.
Jiwaku tidak rapuh.
Semangatku sudah bangkit.

"..apa tiada kerja lain yang harus kau buat?!!". Dia sudah hampir mencipta peluang untuk aku melibasnya.

Aku anak muda,
Jiwaku membara,
Kecintaanku pada bangsa mekar dan tegar.


"ahhh..perasan sungguh!!!". Dia masih begitu. Membuatkan wajahnya sehodoh tukang sihir.

Aku anak muda,
darah panas,
Kasihku pada AGAMA masih segar.


"betulkah?... bagaimana amalan mu..?!!". Sinisnya menjadi-jadi. Buruk!. Umpama wajah mumia.


Aku anak muda,
Semangatku membara,
Kakitanganku bersedia,
Awas...
Akalku telah diracuni
semangat anak muda,
Sebelum langkah ku buka,

Jarakkan dirimu!!

"ya..kau memang anak muda perasan!". Provokasinya keterlaluan. Ku bacakan satu hukuman yang ditetapkan undang-undang Malaysia.

"kalau aku membunuhmu kerana kelancangan penghinaanmu...aku boleh selamat dari hukuman..kau sebabnya..kau puncanya..kau...". Amarahku semakin mencapai tahap SUPER.


Aku duduk dan terduduk.
Membawa hati terus bersistighfar.
Lawanku hanya SYAITAN.
BENCIku kerana ALLAH menghendaki hambaNya membenci perkara yang dibenciNya.


"...perjuanganmu harus MURNI...
jatuhnya KAPITALISME..kerana kelemahan IDEOLOGI itu,
jatuhnya KOMINISME...kerana kelemahan IDEOLOGI itu,
tapi, ISLAM akan jatuh kerana kelamahan umatnya..."


"Ya Allah aku menagih kasih dan sayangMU kerana kumahu dengan sangat REDHAMU mengiring setiap langkahku dan langkah mereka yang bersamaku ...".

Sumber: http://duhaihatihatihati.blogspot.com
Readmore »

UKM: Slogan politik GM, 'Bersatu Berubah'

Mahasiswa perlu menjadi elemen Periksa dan Imbang di dalam negara. Kedudukan Mahasiswa yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan boleh dianggap sebagai neutral dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Walaupun Mahasiswa bebas untuk berideologi, namun Mahasiswa masih dianggap sebagai golongan yang mempunyai suara keramat.

Berpolitik sebenarnya bukanlah karier sebenar Mahasiswa. Bahkan saya yakin, politik juga tidak layak menjadi karier sesiapapun yang mendakwa mereka pejuang agama Allah. Sebaliknya politik hanyalah sebagai wasilah untuk berdakwah. Menyampaikan mesej Islam, dan mentadbir urusan dunia ini melalui perlembagaan Tuhan yang diutuskan kepada manusia melalui penyampai yang paling mulia di kalangan manusia.

Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik, seseorang itu perlu terlebih dahulu memahami apakah sebenarnya tuntutan dan natijah yang diharapkan daripada politik itu sendiri. Seperti penjelasan di atas, tuntutan utama politik ialah melaksanakan amanah wakil pemerintahan Tuhan di dunia, Khalifah, iaitu menegakkan Ad-Deen dan mentadbir bumi ini dengan Ad-Deen.

Ad-Deen merujuk kepada cara hidup yang sempurna, sejahtera, dan selamat dari segala bentuk kekacauan dan kerosakan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Bagi mereka yang memahami kedudukan Islam sebagai Ad-Deen, sudah pasti mereka juga akan merasai keindahan dan kesempurnaan ajaran yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Politik diperlukan supaya mesej penerangan cara hidup anjuran Islam ini dapat difahami dan diamalkan oleh semua manusia. Sesuai dengan firmanNya, "Tidaklah Kami mengutuskan kamu(wahai Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat sekalian alam"

Sebenarnya, nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam ini terlalu banyak dan anda tidak akan dapat memahami nilai ini jika Orang Islam yang dijadikan ABM (Alat Bantuan Mengajar). Ada juga, bahkan ramai orang bukan Islam yang lebih "Islam" cara hidupnya berbanding orang Islam sendiri. Walaupun mereka tetap dipanggil orang bukan Islam kerana pegangan Aqidah mereka, namun cara hidup mereka sebenarnya jauh lebih baik dari segelintir umat Islam yang ada.

Mahasiswa perlu menyedari hakikat ini. Perubahan yang ingin dilakukan bukanlah mengubah seluruh struktur hidup yang ada dalam masyarakat. Kita tidak perlu merombak semuanya, kerana mungkin ada nilai-nilai Islam di situ. Jika dilihat secara dasarnya juga, Islam telah menjadi teras di UKM. Apabila keimanan, ilmu dan amal dijadikan teras, maka akan lahirlah generasi berilmu dan terpelajar yang akan membangunkan universiti.

Malangnya, dasar yang baik ini dilihat gagal diamalkan dengan baik. Perlaksanaan yang lemah dan perlu kepada perubahan kecil terhadapnya. Semua pihak bertanggungjawab untuk menjayakan perubahan ini.


"Politic is the art of soluble"

http://politik-kampus.blogspot.com
Readmore »

Tuesday, January 26, 2010

Gerakan Mahasiswa KUIS kerugian - Bekas Presiden

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan yang beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" [Al-Asr 103: 1-3]

Setiap dari kita diajar agar memperuntukkan seluruh masa dan kehidupan dengan melakukan ubudiyyah kepada Allah Taala agar nanti tidak pula kita termasuk dalam golongan orang-orang yang dicop rugi oleh Allah dan Rasul-Nya. Moga peringatan ini kekal dalam minda kita.

Kini IPT seluruh negara sedang hangat dengan pesta demokrasi, Pilihanraya Kampus (PRK). Arus perdana negara mengguna pakai sistem demokrasi bagi menentukan kepemimpinan mahasiswa. Sebilangan kecil IPT negara yang menggunakan sistem syura untuk maksud itu, antaranya KIAS di Kelantan.

Sebagai mahasiswa yang pernah menuntut di sana dan terlibat secara langsung dengan politik kampus, maka saya hanya memfokuskan penulisan ini dengan isu sekitarnya sahaja.

Sistem demokrasi mula diperkenalkan di KUIS hanya selepas 3 tahun penubuhannya. Kini usia KUIS sudah 15 tahun. Ini bermakna PRK kali ini adalah yang ke-12 diadakan.

Sedari wujudnya badan tertinggi mahasiswa sehinggalah kini, MPMKUIS tidak pernah dikuasai oleh Pro-Aspirasi. Walaupun 13 tahun KUIS di bawah kerajaan negeri yang diperintah oleh UMNO/BN, MPMKUIS terus dikuasai oleh Pro-Mahasiswa. 2 tahun di bawah kerajaan pimpinan PR, Pro-Mahasiswa tetap menguasai.

Bukan kata tiada langsung sosok peribadi yang pro-aspirasi. Tapi hanya sekerat dua. Sesi 2007/2008 dahulu ada. Begitu juga bagi sesi 2006/2007 dan beberapa tahun sebelumnya. Pro-aspirasi tiada kekuatan apalagi momentum. Mereka lumpuh.

Alhamdulillah pucuk pimpinan MPMKUIS kebanyakannya mempunyai fikrah Islam yang sahih dan jelas. Kita tetap berpegang kepada dasar kita iaitu Islam. Kita mempunyai beban prinsip kerana itu kita tidak berkomprosi dengan apa sahaja anasir-anasir keji seperti nasionalisme, sosialisme, liberalisme, pluralisme dan segala macam lagi. Cuma pendekatan bagaimana berjuang dalam gerakan mahasiswa itu sahaja yang berubah-ubah mengikut keperluan. Paksinya masih Islam. Ilmu dan kebenaran.

Mutakhir ini politik kampus di 'Lembah Harapan' itu menjadi kacau bilau. Mahasiswa menjadi lelah dan bosan dengan permainan politik. Pertimbangan politik mengatasi kepentingan mahasiswa itu bukanlah satu perkembangan yang baik.

Isunya bukan Pro-Aspirasi. Golongan bingai itu mati di KUIS. Tapi isunya ialah perbezaan pendekatan dalam mencapai matlamat yang disasarkan.

Yang di sini berhempas pulas bersilat di di dalam gelanggang memperjuangkan hak dan kepentingan mahasiswa tanpa meminggirkan adab berilmu dan pemikiran yang cerah. Pepatah pujangga berbunyi, bagai menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berserakan.

Yang di sana laungkan kebangkitan, ultra-mahasiswa. Mereka mahu memobilisasi mahasiswa dengan apa cara sekalipun asal matlamat itu bisa dicapai. Arusnya, arus revolusi. Berpatah arang, berkerat rotan.

Yang samanya ialah mereka ini menjunjung Islam sebagai dasar, punya fikrah, lahir dari tanzim haraki, pro-mahasiswa, menjual hak mahasiswa itu tiada dalam kamus perjuangan mereka. Cuma di sana adalah satu garis yang tidak bertemu. Pendekatan.

Beginilah. Sesungguhnya apa sahaja yang kita lakukan atas muka bumi ini adalah ibadah. Lambang ubudiyyah yang jelas kepada Sang Pencipta. Maka sebagai ibadah pastinya kita tidak mahu rosakkan ia dengan sifat-sifat mazmumah yang memakan mahmudah bagai api dalam sekam. Pastinya kita mahu persembahkan sesuatu yang tidak punya cacat leka kehadapan Allah swt.

Kata Prof Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, di saat kuffar bersatu memerangi Islam, kita mencincang-lumat sesama kita.

Jujurnya kita berdepan dengan pertembungan yang merugikan bukan sahaja gerakan mahasiswa bahkan kepada gerakan Islam di kampus. Penggerak Jemaah kampus yang berbilang seperti PAS, ABIM, JIM, HALUAN, dan ISMA seharusnya meneliti realiti yang sedang kita hadapi di 'Lembah Harapan'. Bimbingan para murabbi sangat diperlukan.

Mahasiswa haraki seharusnya menghadamkan Fiqh Aulawiyyat dan Fiqh Ikhtilaf dengan sebaik-baiknya.

2010 bagi saya adalah tahun untuk kita memuhasabah kembali sejauh ini gerak usaha kita di kampus. Jangan ulang babak-babak peperangan antara Saidina Ali dan Saidina Muawiyah kerana itu rencana musuh yang sedikitpun tidak menguntungkan kita.

Jangan cuba-cuba ingin menggantikan Biah Solehah kepada Biah Fitnah. Jangan kerana fikrah, hilang ukhuwah.

Sumber: http://arrazzialhafiz.blogspot.com

Readmore »

UPM: Pro-M 11 kerusi, Pro-A 37 kerusi

SERDANG, 27 Jan: Pro-Mahasiswa (Pro-M)Universiti Putra Malaysia (UPM) hanya menang 11 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya kampus (PRK) kali ini.

Proses pengundian yang berlangsung semalam menyaksikan calon Pro-M menang di empat fakulti iaitu Fakulti Pengajian Pendidikan, Perhutanan, Ekologi Manusia dan Sains manakala tujuh kerusi umum.
Keputusan diumumkan kira-kira 7.15 petang semalam di Kolej Kediaman Ke-3 UPM.

Peratus mahasiswa keluar mengundi ialah sebanyak 90 peratus dan tempoh mengundi yang sepatutnya tamat pada jam lima petang dilanjutkan sejam sehingga 6 petang bagi memberi laluan kepada mahasiswa yang sedang menghadapi ujian pertama bagi penggal ini.

Pengerusi Pro-M UPM, Ahmad Faris Rakbi berkata, kemenangan bukan faktor utama Pro-M menyertai PRK tetapi apa yang lebih diutamakan ialah kesedaran warga kampus mengenai isu demokrasi dan integriti dalam pilihanraya.

"Alhamdulillah..wwalaupun taidak berjaya membentuk kabinet, tapi kami tetap bersyukur dengan keputusan ini.Bagi kami kemenangan bukan faktor utama kami meyertai pilihanraya ini tetapi apa yang lebih penting ialah kami ingn mendidik warga kampus agar lebih peka dengan isu demokrasi dan demokrasi di kampus,"katanya ketika ditemui selepas keputusan diumumkan.

Menurutnya, kebanyakan calon yang bertanding ialah muka-muka baru iaitu pelajar tahun pertama. Justeru, mereka masih mempunyai banyak masa dan peluang untuk menyertai PRK akan datang.

"Kalau kita lihat kebanyakan calon Pro-M ialah pelajar tahun pertama.Mereka mempunyai banyak masa untuk bertanding lagi pada PRK akan datang.PRK kali ini boleh dijadikan medan untuk mereka menimba pengalalaman.

Harakahdaily dimaklumkan, proses pengundian hari ini berjalan lancar dan tidak berlaku 'server down' seperti yang berlaku pada PRK sebelum ini.

Namun, Faris megakui agak terkejut dengan keputusan tersebut kerana kebanyakan calon Pro-M yang dijangka menang berdasarkan culaan, kalah.

"Saya agak terkejut kerana calon yang kami jagka menang,tidak menang,"katanya.

Setakat ini, empat kampus termasuk UPM selesai menjalani PRK iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Islam Antabangsa (UIA).

Ketiga-tiga kampus berkenaan dimenangi oleh Pro-M.
Readmore »

Monday, January 25, 2010

Mahasiswa UPM mengundi hari ini

SERDANG, 26 Jan: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Putra Malaysia (UPM) berlangsung hari ini.

Ianya berlangsung dalam suasana minggu ujian pertama bagi pelajar-pelajar kampus itu untuk semester ini.

Tinjauan wartawan Harakahdaily pagi tadi mendapati pusat-pusat mengundi mula dibuka jam 9 pagi bagi membolehkan mahasiswa menggunakan kesempatan awal mengundi kerana ada diantara mereka perlu membuat persiapan menghadiri ujian di sebelah petang.

Manakala semua kelas yang berakhir jam 4 petang diawalkan ke jam 3 petang untuk tujuan sama.

Pusat-pusat pengundian di UPM dibuat mengikut pembahagian zon dan terdapat lima zon kesemuanya.

Faktor minggu ujian ini juga bakal menentukan berapa peratus keluar mengundi dari lebih 20 ribu pelajar kampus di kampus tersebut.

Pengerusi Pro- Mahasiswa (Pro-M) UPM, Ahmad Fariz Rakbi ketika ditemui menjangkakan peratus keluar mengundi menurun kerana masing-masing sibuk dengan ulang kaji.

" Saya jangka tidak ramai turun mengundi kerana yang terlibat dengan ujian hari ini.
" Apapun saya pulangkan kepada pelajar untuk membuat keputusan mengundi atau sebaliknya," katanya.

Pro-M mempertaruhkan 34 calon untuk PRK kali ini.

Kesemua mereka terdiri dari 13 calon kerusi umum manakala 21 lagi kerusi fakulti.

Pada penamaan calon 22 januari lalu, Pro-Aspirasi bagaimanapun telah mendapat satu kerusi di fakulti Rekabentuk kerana menang tanpa bertanding.

Keputusan PRK UPM ini juga bakal menentukan sama ada isu yang diperjuangkan oleh kedua-dua pihak bertanding mampu meyakinkan pelajar atau sebaliknya.

Pro-M sepanjang kempen mereka membawa manifesto kebajikan pelajar dan demokrasi kampus.

Antara yang ingin diperjuangkan mereka adalah berkaitan perkhidmatan bas, harga makanan di kampus yang didakwa mahal dan pembudayaan ilmu di kalangan mahasiswa.

Dalam aspek demokrasi kampus pula, mereka menumpukan kepada bantahan undi elektronik yang didakwa mempunyai ruang untuk dimanipulasi.

"Dalam satu survey yang kita buat, pelajar sebenarnya ramai yang tidak percaya dengan ketelusan e-undi.
"Mereka mempersoal tahap kerahsiaan undi mereka dan tidak tahu ke mana undi mereka dibawa," katanya lagi.

Selain itu, UPM juga difahamkan mensyaratkan calon-calon yang bertanding tidak boleh berkempen secara elektronik termasuk menggunakan jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, Myspace dan sebagainya.

Proses pengundian akan berlangsung sehingga jam 5 petang nanti.

Satu tempoh masa kemudiannya diberikan untuk tujuan bantahan dan rayuan.

Jika tiada sebarang masalah, keputusan PRK bagi kampus tersebut dijangka boleh diketahui sebelum jam 8 malam ini.

Sumber: Harakahdaily.net
Readmore »

Sunday, January 24, 2010

Suara mahasiswa dipersetan, Pro-Mahasiswa KUIS

Saya bukanlah pengamal, penganut dan terlalu obses terhadap sistem demokrasi acuan barat, namun demokrasi yang sering dicanang-canangkan oleh barat adalah bertemakan hak-hak eksklusif rakyat seperti kebebasan bersuara, keadilan, hak asasi dan sebagainya yang terlebih dahulu diperjuangkan oleh ajaran Islam lebih 1400 tahun dahulu.Namun, Barat muncul dan memunculkan pula demokrasi mengikut versi mereka. Maka, dalam hal ini, kita sebagai Muslim yang bergerak dalam Harakah Islamiah hanya mengambil sedikit manfaat yang ada dari sistem ini dalam ruang lingkup yang mendatangkan maslahah dan manfaat untuk Islam dari hal-hal yang dibenarkan oleh Islam sahaja, bukan beriman kepadanya dan meyakini kebenarannya. Kaedahnya adalah, kita menghadapi musuh dengan senjata yang digunakan oleh musuh juga sebagaimana kata Saidina Ali, pedang dengan pedang…perbahasan mengenai demokrasi dan Islam telah dibahas panjang lebar dari puluhan sumber rujukan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam bukunya ‘Islam dan Demokrasi’ (2007).

Namun apa yang ingin saya perjuangkan disini adalah mengenai ketulenan demokrasi mahasiswa di Malaysia. Apa yang ingin saya perkatakan disini mengenai demokrasi mahasiswa di Malaysia adalah sangat-sangat memalu dan mengaibkan ! Hak-hak ekslusif mahasiswa Malaysia sudah lama dicabul, dicantas, dibakul sampahkan dan dipersetankan ! Anda bayangkan suasana demokrasi di Malaysia ! Saudara Shazni Munir, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang juga merangkap Timb. Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan 50 teman-teman mahasiswa yang hanya berhimpun dan melaungkan sedikit slogan menuntut dihapuskan E-Undi dihadapan KPT, Putrajaya Jumaat baru-baru ini tanpa membawa senjata pun, tanpa merosakkan bangunan pun, tanpa menyekeh kepala Menteri Pengajian Tinggi pun, sampai di layan kasar oleh pihak polis! Anda tahu, di Indonesia, ahli Parlimen bertaraf Menteri pun dibaling kasut oleh mahasiswa. Mahasiswa Malaysia tidak begitu. Lalu, untuk apa sampai ditarik baju, ditolak dan dikasari sebegitu? Anda tahu bahawa mahasiswa itu bakal memimpin negara. Atau anda mahukan mahasiswa yang kelu, lesu, tidak bermaya dan tidak berani menyatakan pendirian mengganti pemerintahan negara nantinya?

Di Indonesia yang pada hemat saya merupakan sebuah negara yang menjadi kiblat terhadap wadah perjuangan mahasiswa Malaysia contohnya, rakyat negara mereka bebas dalam memperjuangkan pendirian mereka. Sebahagian rakyat Indonesia khasnya mahasiswa, mereka adalah golongan yang peka terhadap permasalahan negara. Peka, bukan PEKAK ! Mahasiswa sering memimpin rakyat ke tengah kota apabila ada hal yang menyangkut mengenai kepentingan rakyat terabai atau teraniaya. Semuanya bermula pada tahun 1998 apabila mahasiswa bangkit menjatuhkan regim Suharto yang berdefinisikan orde baru. Mahasiswa begitu lantang dengan 'Sumpah Mahasiswa' mereka pada ketika itu. Namun bayaran untuk menjatuhkan seorang diktator yang zalim ini perlu dibayar dengan beberapa aktivis mahasiswa yang ditembak oleh pihak polis dalam himpunan raksasa tersebut. Antara yang terkehadapan dalam memimpin massa adalah Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI). Mereka tahu bahawa pemerintah naik atas hasil suara (undi) mereka maka meluruskan pemerintah yang naik atas hasil suara mereka merupakan sebuah kewajipan.

Sejak isu Bank Century terbongkar, rasanya sudah hampir 100 kali mahasiswa berdemonstrasi di kampus masing-masing dan di kantor-kantor pemerintah di setiap daerah baik di kantor Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Jakarta di Makasar, Jogjakarta, Bali, Medan, Aceh dan sebagainya. Habis gambar Boediono dan Sri Mulyani dipijak dan dibakar. Pelbagai sepanduk mendesak kedua-dua individu ini meletak segera jawatan dibawa ke demonstrasi. Namun, sedikit pun tidak ditindas oleh pihak polisi melainkan kepada inidividu-individu yang bertindak agresif dan radikal dengan membawa senjata atau merosakkan bangunan DPR dengan lontaran batu dan sebagainya. Fungsi polis membantu melancarkan demonstrasi secara aman dan tertib. Bukan menggangu demonstrasi seperti di Malaysia yang akhirnya kekacauan berlaku yang berpunca daripada mereka.

Lalu, jika semua hal-hal ini ternyata gagal diterapkan dibumi Malaysia, apa yang boleh dibangga-banggakan dengan laungan " Malaysia Negara Demokrasi "? Jadi, mahu dibilang apa? Negara Islam pun tidak ! Negara Demokrasi pun tidak ! Negara kronisme atau Mongolia mungkin....?

Kini pilihanraya kampus KUIS sudah mula membuka tirainya. Adakah demokrasi pada pilihanraya kampus di KUIS ini nanti akan menonjolkan sistem demokrasi yang tulen dan bersih ? Tiada pengundi hantu, tiada kronisme, tiada bias-humanisme, tiada dan tiada segala macam kesahan racun demokrasi politik kampus di KUIS. Kita saksikan hari pembuangan undi dan pengumuman anggota Majlis Perwakilan Mahasiswa pada 26 Januari 2010 nanti.

Jika KUIS yang merupakan sebuah kolej universiti ISLAM yang mungkin akan dinaik taraf sebagai sebuah universiti pun masih kotor dan jijik sistem demokrasi kampusnya, khairi dan halim akan tunggu akibatnya ! Ingat, Mahasiswa mampu Menggugat !


Sumber:

http://cabaranmassa.blogspot.com

Readmore »

Usah perlekeh mahasiswa - Timb Menteri KPT

KOTA KINABALU : Semua pihak diingat tidak memperlekehkan keupayaan mahasiswa termasuk mengeluarkan kenyataan menyindir golongan itu, bagi mengelak mereka menjauhkan diri daripada pihak universiti selain boleh merosakkan imej kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pentadbiran Perdana Menteri lebih terbuka kepada suara rakyat termasuk mendengar pandangan mahasiswa.

Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi turut menggalakkan mahasiswa bersuara mengikut saluran sesuai dan mengiktiraf cadangan mereka menghidupkan semula Sudut Pidato serta Parlimen mahasiswa

“Majoriti pemimpin universiti termasuk pensyarah memahami pendekatan itu, tetapi malangnya ada yang belum faham dan terus mengeluarkan kenyataan memperlekehkan mahasiswa.

“Tindakan seperti itu perlu dihentikan kerana kita tidak mahu mahasiswa berasa dikongkong, diperkecilkan atau dianggap seperti budak kecil sedangkan mereka sudah dewasa, malah ada yang sudah layak mengundi.

“Kita perlu menghormati dan mengiktiraf suara mereka. Jika mahu mahasiswa terus melangkah ke depan, hentikan sindiran atau suara memperlekehkan mereka kerana kesannya tidak baik terhadap golongan ini. Kita akan menegur pensyarah yang dikenal pasti merendahkan pandangan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Wacana Ilmu dengan pelajar Kolej Yayasan Sabah (KPY) di Yayasan Sabah, Menara Tun Mustapha, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Eksekutif KYS, Dayang Aminah Ali.

Saifuddin meminta mahasiswa diperlekehkan menyalurkan aduan ke e-melnya iaitu saifuddin61@yahoo.com.

Beliau mengakui ada mahasiswa berbeza pandangan dengan kerajaan atau universiti, namun menjadi tanggungjawab pendidik membetulkan keadaan.

Katanya, tidak ada salahnya jika pandangan mahasiswa berbeza kerana universiti adalah tempat mengeluarkan idea bernas dengan syarat secara berhemah.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, kementerian akan memilih tiga daripada 32 politeknik di seluruh negara untuk dinaik taraf sebagai politeknik perdana tahun ini.

“Menteri akan mengumumkan tiga politeknik yang terpilih dan kita dalam proses akhir membuat pemilihan. Kerajaan berpendapat sudah sampai masanya politeknik ditingkatkan kepada politeknik perdana sejajar usianya yang menjangkau 40 tahun,” katanya.
Readmore »

Pro-Mahasiswa ungguli PRK

Kumpulan Pro-Mahasiswa memecahkan tradisi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan memenangi pilihan raya kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berlangsung ahad lalu.

Dalam pemilihan yang keputusannya diumumkan lewat petang semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 12 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Ini kali pertama kumpulan itu menguasai majoriti MPP yang menawarkan 12 kerusi melibatkan empat fakulti.

Setiap fakulti masing-masing menyediakan dua kerusi dan empat kerusi lain adalah kerusi kategori umum.

MPP UMT sepanjang empat sesi pengajian lalu dikuasai kumpulan Pro-Aspirasi.

Pengumuman calon yang menang disempurnakan oleh TNC HEPA, Prof Dr Yahya di Dewan Sultan Mizan (DSM) pada pukul 7.30 malam. Ini adalah kemenangan yang besar bagi mahasiswa kerana kali pertama PRK diadakan secara besar-besaran dan yang paling telus setakat ini.
Bagi menggalakkan mahasiswa turun mengundi pihak HEPA menaikkan beberapa banner dan banyak bunting bagi meningkatkan kesedaran kepada mahasiswa bahawa kepentingan untuk memilih pemimpin mereka. Ditambah lagi dengan cabutan nombor bertuah. Mahasiswa yang membuang undi akan mendapat nombor cabutan bertuah dan cabutan diadakan semasa pengumuman calon yang menang. Hadiah berupa 10 buah basikal dan lebih kurang 50 hamper disediakan untuk siapa yang bertuah.

Ini adalah tindakan yang baik daripada pihak Hepa bagi menggalakkan mahasiswa UMT melibatkan diri dalam politik kampus UMT yang kian suram dan muram kebelakangan ini. Pro-M menerima respon yang positif daripada mahasiswa UMT tentang suasana politik yang baru dibina oleh pihak pentadbir.
Pengumuman calon yang menang juga disaksikan oleh NC, Yg Bhg. Prof Dr Aziz Deraman.

Di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula, Pro Mahasiswa menambah satu lagi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini dengan memperoleh majoriti mudah — tanpa saingan — dalam pemilihan MPP.

Pada hari penamaan calon hari ini barisan calon Pro-Mahasiswa memenangi 12 daripada 21 kerusi MPP yang dipertandingkan tanpa cabaran.

Ia yakin akan memperoleh empat lagi kerusi pada hari pengundian 27 Jan ini.

“Pada hari ini kumpulan Pro-Mahasiswa dapat enam kerusi umum dan enam kerusi peringkat fakulti tanpa pertandingan. Daripada baki sembilan kerusi lagi, kami jangka boleh peroleh lagi empat kerusi,” kata pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa KUIS Syukri Abdul Razak kepada The Malaysian Insider.

Syukri berkata ini kali pertama pihaknya meletakkan calon berdasarkan kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.

Bagaimanapun pengurusan universiti tidak mengiktiraf kewujudan kumpulan seperti ini dalam pilihan raya.

“Kali ini, julung kali, kami meletakkan calon dan bertanding atas nama kumpulan Pro-Mahasiswa, dan ia mendatangkan kejayaan,” kata beliau mereka berbuat demikian untuk membawa kesedaran politik di kalangan generasi muda.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa melibatkan 14 institusi pengajian tinggi awam melancarkan Misi-10 untuk menguasai MPP.

Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Universiti Malaysia Terengganu Ahad lalu.

Readmore »

Matlamat PRK wajar diperhalusi - Pengerusi MAMPU, UKM

Saban tahun, pilihanraya kampus (PRK) pasti mewarnai suasana di institusi pengajian tinggi dan juga kolej universiti di seluruh negara. Pada tahun ini juga, pasti kancah Pilihanraya Kampus yang mana telah dibubarkan semalam akan menjadi buah mulut masyarakat dan pemerhati politik tempatan.

Persoalan besar yang selalu bermain di minda ramai pihak ialah mengapa para mahasiswa mengambil berat akan pilihanraya ini? Adakah ingin menunjukkan jaguh atau sekadar suka-suka untuk menempah nama. Atau juga sebagai alat pro kepada kumpulan tertentu yang berkepentingan?

Saya sebagai salah seorang calon dan memenangi pilihanraya pada sesi lepas yang terlibat secara langsung dalam PRK pada tahun lalu berasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat berkaitan demokrasi di gerbang ilmu ini.

Sebenarnya, Pilihanraya Kampus (PRK) disertai oleh para mahasiswa disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah untuk menjadi pemimpin kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya dahulu, pemilihan pengawas di sekolah hanyalah lantikan dan bukan pemilihan, tetapi ia senario berbeza di Universiti.

Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana calon yang dirasakan layak untuk memimpun mereka. Yang boleh menjadi pemimpin dalam menyuarakan isu kebajikan mereka, yang boleh mengendalikan pesta konvokesyen, forum dan juga pelbagai program intelektual lain.

Para mahasiswa yang keluar mengundi inginkan satu kepimpinan yang boleh memacu perubahan ke arah penegakkan haknya di universiti. Pemimpin pelajar yang terpilih itu pula perlulah menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakan sebayanya mengenai potensi generasi muda dari seorang pelajar biasa kepada pelajar yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.Selain itu, pemimpin pelajar yang dipilih juga wajar dilihat sebagai pemimpin pembina budaya (culture builder).

Selanjutnya, PRK merupakan medan demokrasi unggul yang mengajar para mahasiswa erti pilihanraya. Bermula dari pemilihan calon, hari penamaan calon, kempen, risalah-risalah, manifesto, kain rentang dan pengiraan undi,ia merupakan situasi sebenar seperti dalam pilihanraya umum. Mahasiswa yang didedahkan dengan PRK, akan mengetahui cara-cara perjalanan pilihanraya dan juga peraturan semasa piliharaya yang seterusnya dapat diadaptasikan oleh mereka setelah keluar dari menara gading.

Demokrasi ini dilihat boleh menyedarkan para mahasiswa bahawa pangkahan mereka amat bernilai dalam mencorakkan kepimpinan pelajar. Jadi, faktor pemakaian demokrasi dalam diri mahasiswa adalah penting sebelum mahasiswa menemui dunia realiti yang lebih mencabar dan penuh dengan pancaroba dalam ilmu politik.

Selain itu, PRK juga diperkenalkan adalah kerana ingin mencari pemimpin pelajar yang boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat luar terutamanya muda-mudi yang mengalami krisis identiti sekarang.

Perkara ini mampu merungkai dan membawa keluar kerumitan dan kegelisahan masyarakat yang dilingkari dengan masalah sosial dan jenayah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah. Secara analisisnya, suara mahasiswa sebenarnya amat mahal dan apabila ia bersuara, pasti ada perkara yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat.

Di samping itu, kepimpinan negara memerlukan pelapis yang boleh menjadi pengganti kepada pemimpin sedia ada sekarang. Negara memerlukan tenaga dan daya pemikiran pemimpin yang baru bagi melangkah gagah menghadapi arena globalisasi dan juga hal ehwal dalaman negara kita.

Sekiranya kita selongkar sejarah lama, pemimpin pelajar seperti Shabery Cheek, Mahathir Mohamad, Zahid Hamidi, Saifuddin Abdullah, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Husam Musa, Abu Bakar Chik dan ramai lagi pemimpin yang pernah memegang tampuk pemerintahan negara, pernah diasuh sebagai pemimpin pelajar.

Oleh yang demikian,jelas PRK bukan sekadar berseronok ketika kempen, tetapi juga mempunyai matlamat jangka panjang yang amat penting dalam pembangunan negara.
PRK turut mengajar erti kebebasan memilih kepada para mahasiswa dalam pemilihan pemimpin pelajar.

Para calon pula boleh menggunakan peruntukan dalam Perkara 10 klausa 1 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan idea. Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut tidak mutlak tetapi mempunyai beberapa sekatan tertentu yang antara lainnya melarang mahasiswa menyebarkan fitnah, ugutan, menghina calon lain dan juga menyebarkan provokasi.

Dalam Peraturan 64.5 Peraturan-Peraturan Pemilihan (Perjalanan Pemilihan) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri jelas melarang setiap calon dan wakilnya daripada membuat paksaan, ugutan dan deraan dalam apa jua bentuk terhadap orang perseorangan. Prinsip keadilan asasi (natural justice) boleh diterapkan ke dalam jiwa mahasiswa dan mereka dapat disedarkan dengan hak asasi untuk bebas membuat pemilihan.

Bagi setiap calon pula, sifat pemimpin pelajar yang neutral, tidak mempunyai agenda politik serta bukan jurucakap kepada parti politik perlu ada paa setiap mahasiswa yang ingin bertanding dalam PRK. Hal ini sejajar dengan konsep politik nilai mahasiswa dan juga Seksyen 15 kurungan 3 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang menyatakan bahawa para pelajar dilarang menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja.

Setelah diperhalusi tujuan PRK,maka saya merasakan bahawa PRK amat penting dalam mencorakkan pemikiran mahasiswa dan ia wajar dijadikan suatu nilai yang penting dalam diri mahasiswa. Dihujahkan bahawa pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa seperti mendapatkan kerusi dewan undangan negeri atau Parlimen.

Pemilihan peringkat kampus juga bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi medan pilihanraya kampus wajar dijadikan medan atau sekolah pembelajaran bagi mendidik mahasiswa untuk terlibat aktif dalam demokrasi sama ada di kampus dan di luar kampus setelah tamat pengajian mereka.

Suasana PRK pula perlulah adil dan berdemokrasi yang secara automatik akan melahirkan para mahasiwa menjadi lebih bermoral dan pro-demokrasi dalam menjana satu suasana politik sihat di Malaysia pada hari mendatang.

Oleh yang demikian, jelas bahawa matlamat pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar wajar diterima oleh pelbagai pihak bahawa ia diadakan untuk mendidik erti demokrasi kepada mahasiswa. Sekiranya ia menyimpang jauh daripada matlamat asal, dibimbangi bahawa pemimpin yang dipilih bukan atas faktor kredibiliti atau kemampuan untuk memimpin,tetapi dipilih atas dasar ketakutan dan dipaksa.

Ini akan memberikan ancaman kepada kepimpinan negara boleh meruntuhkan keutuhan negara kita pada masa hadapan. Merujuk kepada kata-kata falsafah barat yang menyatakan bahawa ‘masa depan dibeli oleh masa sekarang’, maka mahasiswa seluruh negara wajar merenung kata-kata ini dan wajar persiapkan diri untuk memandu negara selepas ini.

Janganlah pilihanraya kampus yang bernilai tinggi ini hanya melahirkan pemimpin yang hanya ‘angguk-angguk,tetapi tidak berani ‘geleng-geleng’ dan ini akan merencatkan pertumbuhan penghasilan pemimpin masyarakat yang berkaliber di negara bertuah ini.

Readmore »

'RM5K, Hotel Kualiti' hangatkan PRK UM

Universiti Malaya 25 Januari: SEMPENA Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) yang bermula hari ini, beberapa dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang membabitkan Universiti dilihat menjadi isu utama pertikaman lidah antara dua kumpulan mahasiswa yang bertanding.

Pro Mahasiswa (ProM), iaitu kumpulan yang menguasai Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) sesi lepas mendakwa bahawa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris memberikan RM5000 pada setiap jentera pembangkang, Penggerak Mahasiswa (Gerak) di kesemua 12 Kolej Kediaman Universiti secara salah.

Pengerusi ProM Shafie Hashim mendakwa pemberian dana tersebut demi menggerakkan jentera pembangkang Gerak supaya merampas semula MPMUM.

“Kita ada bukti (berkaitan) penyelewengan Dr. Azarae dan kita sudah pun mendesak beliau menafikannya, tetapi Azarae mengelak sejak ia dibangkitkan,” jelasnya.”

“Kita dapati duit itu (RM5000) digunakan untuk bayar elaun kepada para pemimpin Gerak, beli baju T untuk (jentera) Gerak…(termasuk) membiayai bengkel jentera (dan) calon di Hotel Kualiti Shah Alam baru-baru ini.”

Bercakap pada sidang media yang sama, Pengerusi Gerakan Mahasiswa Membantah Sistem Pengundian Elektronik (Bantah) Mohd Aizat Mohd Saleh turut mempertikai tindak-tanduk Azarae.

“Kalau dana tersebut diberikan untuk kebajikan mahasiswa di kolej, mengapa tidak dia (Azarae) memberikan bersama (RM5000) kepada mahasiswa luar kampus (kerana) mereka juga wajar (dan) layak menerima kebajikan,” jelasnya.

Ujarnya lagi, pemberian dana tersebut dianggap melengkapkan lagi konspirasi Azarae sebelum ini, iaitu memperkenalkan sistem e-Undi yang tidak telus.

Beliau yang juga bekas Exco MPMUM meminta Azarae supaya membuat beberapa penafian berhubung dakwaan-dakwaan ProM tersebut.

“Tidak cukup bagi Gerak mendakwa kami (ProM) cuba fitnah TNC (Azarae), sedangkan kami mendedahkan beberapa dokumen berkaitan,” jelasnya.

“Tidak cukup bagi Azarae berdiam diri…sampai hari ini, TNC (Azarae) tidak berani menjelaskan sebab musabab pemberian (dana) RM5000 tersebut.”

Tidak layan provokasi, fitnah

Dalam perkembangan yang sama, jurucakap Gerak Fahmi Adilah meminta semua pihak supaya tidak melayan kempen provokasi dan fitnah yang dilakukan oleh ProM.

“ProM fitnah isu Universiti, kami tidak ada masa (untuk) melayan fitnah dan kami tidak tidak ada masa (untuk) melayan provokasi,” jelasnya.

Beliau juga meminta semua mahasiswa supaya tidak terpengaruh dengan fitnah yang dipaparkan dalam laman web Um-Today, http://um-today.com.

Ditanya tentang isu ‘RM5000 dan Hotel Kualiti’, beliau menjelaskan bahawa dakwaan-dakwaan tersebut adalah fitnah.

“Saya bukan nak membela TNC (Azarae), tapi semua itu adalah fitnah,” jelasnya.

Beliau turut menafikan bahawa Universiti membiayai jentera Gerak demi merampas semula MPMUM.

“Kami (Gerak) tidak dibiayai oleh sesiapa pun…berkaitan siapa membiayai kami (menginap di) Hotel Kualiti, kami tidak boleh beritahu…kami tidak boleh beritahu,” jelasnya.

Pun begitu, beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Presiden Kole-Kolej Kediaman UM (SPKUM), iaitu pertubuhan pembangkang anti MPMUM, meminta ProM supaya tidak membangkitkan isu ‘RM5000? dan ‘Hotel Kualiti’ sepanjang musim PRK kali ini.

Dalam perkembangan berkaitan, ProM dan Gerak masing-masing dilihat mempunyai kekuatan yang hampir sama.

Lebih 200 jentera Gerak mengangkat pelbagai kain rentang menentang amalan fitnah dan provokasi yang ditujukan kepada ProM di perkarangan Dewan Penamaan Calon, Audi Kompleks Perdana Siswa (KPS).

Mereka melaungkan ‘ProM Pengkhianat Undiversiti’, ‘Tolak Politik Fitnah’ dan ‘Tolak Politik Provokasi Um-Today’.

Manakala, lebih 200 jentera ProM pula mengangkat sepanduk ‘politik damai’ dan mengajak Gerak supaya mendapatkan sendiri maklum balas dari Azarae.

Harakahdaily kemudiannya cuba mendapatkan maklum balas dari Pejabat TNC HEPA, namun seorang pegawai yang enggan namanya diketahui menjelaskan bahawa Azarae sedang sibuk menyelenggara proses Hari Penamaan Calon PRK tersebut.
Readmore »