Saturday, January 23, 2010

Khairy Jamaluddin ‘jumpa’ SPKUM, Pengetua kolej sempena PRK

Damansara 23 Jan 03:31p.m : YB Khairi Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO baru sahaja menziarahi seluruh Pengetua kolej dan beberapa wakil Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) semalam (22 Jan).

Makluman dari seorang saksi menyatakan perjumpaan tertutup berkenaan diadakan bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KPGA), Damansara, pada pukul 9.00 malam.

Majlis bermula dengan makan malam pada pukul 8.00 malam.

Hadir sama ialah Prof. Madya Datuk Azarae Hj. Idris, Timbalan Naib Canselor kampus berkenaan.

Antara agenda perbincangan ialah perkembangan Pilihanraya Kampus universiti dan beberapa kelulusan permohonan bantuan kewangan.

Pilihanraya kampus UM akan bermula dengan penamaan calon pada 25 Januari dan pembuangan undi pada 28 Januari.

Tempoh berkempen bagi calon yang bertanding hanya 2 hari berbanding sesi lalu iaitu 4 hari.

Terdahulu, Azrae telah mengeluarkan peruntukan RM5000 bagi setiap kolej melalui pengetua masing-masing bagi membantu tangungan “aktiviti-aktiviti kepimpinan dan latihan” pada pelajar.

Namun, pegawai pejabat Bendahari menafikan wujudkan prosedur pengeluaran sebarang dana kewangan kepada pihak kolej melalui TNC HEP mahupun pejabat mana-mana Timbalan Naib Canselor.

0 comments:

Post a Comment