Sunday, January 24, 2010

PRK UM: Penamaan calon meriah

Lembah Pantai 25 Jan 10:13p.m : Hari penamaan calon bermula dengan perarakan besar-besaran para penyokong bagi calon dari kedua-dua kem; Pro Mahasiswa (Pro M) dan Penggerak Mahasiswa (GERAK).

Pro M memulakan perarakan bermula dari Tasik Varsiti sehingga ke Kompleks Perdana Siswa (KPS).

GERAK pula bermula dari kolej kediaman ketiga dan berkumpul di hadapan Fakulti Sains bersebelahan KPS.

Suasana trafik tetap lancar namun bergerak lambat kerana memberi laluan kepada para mahasiswa dari kedua-dua kem untuk berarak.

Pro M menampil calon umum dan fakulti termasuk wakil calon masing-masing dalam formasi perarakan berkenaan.

Banner dan kain rentang besar menghiasi para perarak disamping sorakan “Student Power!” dan “Hidup-Hidup Mahasiswa!”.

Sorakan “Mansuh E-Voting!” kedengaran beberapa ketika.

GERAK pula berkumpul dengan pakaian serba hitam dengan sorakan “Hidup Penggerak!” dan “One Malaysia!”.

Calon termasuk penyokong dan pencadang masing-masing telah masuk ke dalam auditorium KPS bagi proses penamaan calon.

Penamaan calon yang bermula hari ini akan diikuti dengan fasa kempen selama 2 hari iaitu Selasa dan Rabu.

Proses pembuangan undi akan diadakan pada 28 Jan, Khamis.

Terdahulu, PRK UM pada kali ini mempunyai perubahan besar berbanding sesi lepas iaitu penggunaan sistem pengundian elektronik (E-Voting) dan kempen selama 2 hari sahaja.

Mahasiswa UM menubuhkan Gabungan Mahasiswa Bantah EVoting (BANTAH) demi menjadi pemerhati dalam menilai perjalanan sistem berkenaan disamping menerangkan tentang beberapa persoalan berkenaan dengan kebolehpercayaan terhadap sistem berkenaan.

0 comments:

Post a Comment